Sunday, January 31, 2010

Awas suami curang



Tuntutan fasakh oleh isteri kini selesai lebih cepat.



MASTURA BAKAR, 24, sah bergelar janda pada 28 Januari lalu setelah tuntutan fasakh terhadap suaminya, seorang ahli politik yang juga tokoh perniagaan berusia 54 tahun, diluluskan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Ibu kepada tiga puteri yang berumur antara dua hingga lima tahun itu sekadar tersenyum hambar ketika keputusan itu dibacakan Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin. Mastura memfailkan tuntutan fasakh pada April tahun lalu.

Kes Mastura mendapat perhatian ramai kerana bekas madu penyanyi Noraniza Idris itu mendakwa suaminya seorang yang gila seks dan tidak bertanggungjawab.

Mengikut fakta kes, Mastura mendakwa beliau hanya mengetahui dirinya isteri keempat kepada suaminya itu hanya selepas melahirkan anak sulung. Suaminya itu kemudian mengaku bahawa dia telah berkahwin dengan Noraniza dan dua wanita lain.




Lelaki itu juga didakwa gemar berfoya-foya dan pernah memiliki lebih 10 orang teman wanita yang ditiduri dalam satu-satu masa walaupun telah beristeri empat.

Kahwin muda

Bertubuh kecil dan berkulit putih gebu, Mastura mengakui beliau tidak dapat menjangka bagaimana rasanya hidup sebagai seorang ibu tunggal.

“Saya sendiri tidak tahu apa yang patut saya rasa. Saya berasa amat penat. Lagipun sekarang saya sudah kembali bekerja,” balasnya yang kini bertugas di bahagian pentadbiran sebuah firma seni bina di Cheras, Kuala Lumpur.

Anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik itu kelihatan lesu ketika ditemui di sebuah restoran di Kuala Lumpur Jumaat lalu. Menatap wajahnya, terasa ada kecamuk dalam fikirannya.

“Sekarang fikiran saya ialah tentang meneruskan hidup bersama anak-anak. Tetapi disebabkan pengalaman daripada perkahwinan itu, saya berasa keadaan masih tidak selamat untuk kami.

“Dia pernah melarikan anak kami satu ketika dulu dalam satu pergaduhan besar, melanggar saya dengan kereta dan saya ada menerima pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan susulan daripada tuntutan fasakh ini. Saya masih belum berani hendak membawa anak-anak bermain di taman permainan,” luah Mastura.

Jika ada yang berpendapat Mastura menerima padah atas silapnya sendiri menikahi lelaki berusia yang berpangkat dan berharta, nampaknya pemikiran itu jauh tersasar.

“Kami berkahwin bukan atas dasar cinta. Ia lebih kepada pilihan ibu dan ayah saya. Kami berkenalan tidak lama, iaitu kira-kira enam bulan.

“Itu pun melalui teman-teman. Kali pertama ibu melihatnya bersolat dan mengaji al-Quran di rumah di kampung, ibu menangis kegembiraan.

“Setelah dia berjumpa ibu dan ayah buat kali kedua, dia terus masuk meminang dan lamaran itu diterima. Kami bernikah pada 3 Jun 2005 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak.

“Pada waktu itu saya baru berumur 18 tahun. Ketika kami berkahwin, dia masih belum bergelar Datuk,” kongsinya.

Segalanya, kata Mastura, berlaku terlalu pantas. Perasaan sayang kepada suaminya hanya wujud selepas mereka berkahwin.

“Pada awalnya dia sering mengajak saya solat berjemaah, mengaji al-Quran dan melakukan kerja rumah bersama. Dia juga baik terhadap saya.

“Tetapi semua itu sekejap saja. Lama-kelamaan dia lebih banyak membiarkan saya solat dan melakukan segala-galanya bersendirian,” dedahnya.

Mastura mengakui bekas suaminya itu mempunyai ilmu agama yang baik.


KES tuntutan cerai Aida Melly Tan Mutalib pada tahun 2002 yang berlarutan selama tujuh tahun menyebabkan pelbagai kritikan dilemparkan terhadap mahkamah syariah.


“Pengetahuan agamanya agak tinggi. Mungkin kerana latar belakang dan kerjaya keluarganya yang sememangnya menjurus ke arah keagamaan.

“Entah di mana silapnya, dia menjadi seorang lelaki yang gemar berfoya-foya,” kata Mastura.

Sebenarnya, ujar Mastura, beliau dan suami tidak banyak masalah. Cuma lelaki itu dikatakan banyak helah.

Kes Aida Melly

“Sebelum ini saya sudah dua kali hendak membuat tuntutan fasakh. Kali pertama saya batalkan kerana sedang hamil anak kedua. Kali kedua, Noraniza sendiri memujuk saya dan meminta saya memikirkan masa depan anak-anak. Walaupun kami tidak pernah berjumpa, kami tidak ada masalah.

“Tentang dakwaan bahawa dia mahu menyaman saya, saya percaya ia tidak akan berlaku kerana saya percaya dia membuat kenyataan itu kerana tertekan,” ujarnya.

Selepas melalui kehidupan berumah tangga yang banyak onarnya, justeru perceraian menerusi kaedah fasakh itu umpama satu titik perubahan yang besar dalam hidup Mastura.

“Saya mendapat sokongan yang kukuh daripada madu dan bekas madu yang lain selain memiliki bahan-bahan rakaman yang berkaitan dengan kecurangan dan aktiviti berfoya-foyanya.

“Mungkin itu banyak membantu mempercepatkan kes ini. Lagipun bekas suami tidak pernah datang ke mahkamah untuk membuat sebarang bantahan,” jelas Mastura tentang kesnya yang dapat diselesaikan agak cepat.

Kes tuntutan perceraian oleh isteri seperti fasakh yang berlarutan lama pernah menjadi polemik pada awal abad ini. Pasti ramai yang masih ingat kes Aida Melly Tan Mutalib pada tahun 2002 yang terpaksa menderita selama tujuh tahun untuk bebas daripada ‘gantungan yang tak bertali’: Sudah berpisah atau masih isteri yang sah?

Meraih liputan meluas media seiring hujanan kritikan, kes itu juga bagai menjadi titik tolak kepada perubahan landskap pentadbiran mahkamah syariah berhubung isu perceraian khasnya.

Jika sebelum itu banyak rungutan oleh para isteri mengenai kes permohonan cerai atau fasakh mereka yang lambat diputuskan, namun tahun demi tahun kemudian, rungutan dan keluhan seumpamanya makin kurang kedengaran.

Kes terbaru Mastura itu, misalnya, dapat diselesaikan dalam tempoh tidak sampai setahun.

“Dahulu memang ketara kelewatannya. Secara umumnya, boleh dikatakan, kes-kes permohonan cerai oleh isteri seperti fasakh dan rayuan kini telah dapat diselesaikan dengan cepat.

“Berdasarkan pengalaman saya, kes fasakh lazim dapat diselesaikan antara enam bulan hingga setahun. Paling cepat, hanya dalam tempoh sebulan.

“Proses yang mengambil masa dua tahun pun sudah dianggap sebagai tempoh yang lama,” kata peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain ketika ditemu bual Jurnal baru-baru ini.


MEMILIKI bukti kukuh ialah antara punca kes fasakh Mastura dapat diselesaikan dengan segera.

Katanya, ini banyak disumbangkan oleh beberapa pindaan pada enakmen-enakmen undang-undang keluarga Islam di negeri-negeri bermula pada tahun 2003.

“Antaranya ialah penyeragaman peruntukan mengenai fasakh antara negeri-negeri dan membenarkan memulakan tuntutan fasakh di mahkamah yang lebih tinggi bagi mengurangkan tempoh penangguhan sekiranya pihak menentang, lazimnya suami, mahu melakukan rayuan dan sebagainya,” katanya.

Tertangguh

Tidak dinafikan memang masih kedapatan kes tuntutan fasakh yang berlarutan lama selepas tahun 2002, tetapi ia hanyalah kes terpencil.

Zaidi menerangkan, sesuatu proses permohonan fasakh itu dapat dipercepatkan jika plaintif atau isteri yang mengemukakan tuntutan itu mempunyai persediaan yang lengkap.

“Dalam kes fasakh, beban pembuktian adalah terletak pada pihak plaintif iaitu isteri yang memohon. Kukuhnya bukti yang dikemukakan akan mempercepatkan pihak mahkamah membuat keputusan. Air mata sahaja tidak boleh menjadi bukti,” katanya.

Jika dahulu, kelewatan atau penangguhan banyak disumbangkan kerana suami yang tidak muncul-muncul ke mahkamah, kini, mahkamah syariah mengambil sikap meneruskan prosiding dan boleh mengeluarkan arahan cerai walaupun tanpa kehadiran suami seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Kes Mastura ialah salah satu kes yang menunjukkan prosiding tanpa kehadiran suami atau prosiding sebelah pihak sudah boleh diterima.

“Jika mahkamah berpuas hati bahawa saman telah disampaikan dengan sempurna kepada pihak suami, namun mereka masih tidak muncul, mahkamah boleh meneruskannya dan mengeluarkan arahan cerai walaupun tanpa persetujuan suami.

“Lagipun fasakh itu sendiri ialah tuntutan cerai tanpa lafaz talak diperlukan. Kuasa fasakh ialah kuasa hakim.

“Prosiding sebelah pihak biasanya lebih cepat berbanding suami hadir dan mengemukakan pembelaannya,” katanya sambil menjelaskan perbicaraan akan diteruskan setelah dua kali sebutan kes.

Thursday, January 7, 2010

Suami hilang naluri

DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada :

Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili:03-22848390
E-mel: sakittuan@hmetro.com.my

SEKARANG ini masuk musim cuti sekolah dan ketika ini ramai mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri bagi meraikan pasangan pengantin baru, membuatkan deretan jemputan kahwin diterima hingga ada yang terpaksa pergi selepas majlis kenduri berlangsung.

Saya tidak salahkan pihak yang mengadakannya kerana sememangnya tepat untuk mengadakan kenduri pada waktu sebegini kerana saudara mara dan rakan yang tinggal jauh boleh hadir.


Begitu juga bagi pasangan pengantin, tentu mereka mahukan majlis kenduri dan persandingannya kelihatan meriah dengan kehadiran ramai saudara dan rakan.

Namun kali ini saya bukan mahu bercerita panjang mengenai kenduri tetapi persediaan seseorang itu yang bakal mendirikan rumah tangga.

Bagi saya, mana-mana lelaki yang mahu mendirikan rumah tangga sedikit sebanyak tahu kewajipan mereka daripada aspek memberi nafkah batin, iaitu mampu melakukan hubungan seksual dan yakin dengan kemampuan seksualnya.

Jika tidak, saya pasti mereka tidak akan terfikir untuk berkahwin, lebih-lebih lagi jika kurang yakin dengan kemampuan seksual mereka.

Sebilangan lelaki yang biasa dengan amalan onani dengan cara tersendiri akan dapati mereka hanya dapat mencapai klimaks atau kemuncak rangsangan seksual dengan cara itu dan cara lain tidak mendatangkan apa-apa perubahan, malah tidak lagi seronok.

Saya pernah mengendalikan kes seperti ini iaitu si lelaki hanya seronok dengan cara menggunakan tangannya untuk merangsang anggota sulitnya dan dia dapat mencapai kemuncak apabila memicit dan menarik zakarnya dengan kuat.

Sudah tentu cara dilakukannya tidak dapat memberi hasil sama jika dia melakukan hubungan seks penetratif dengan pasangannya.

Tanpa tarikan dan geselan kasar bila dia sangat perlukannya untuk mencapai kemuncak, geselan dalam faraj tidak dapat memberi kepuasan sebegitu, jadi sampai sudah dia tidak mencapai kemuncak. Sudah tentu dia rasa kecewa dan tanpa pengetahuan pasangannya, dia akan melakukan onani untuk melepaskan perasaan nafsunya.

Dia hanya lakukan seks penetratif tanpa mencapai klimaks semata-mata untuk menunaikan tanggungjawabnya. Secara kebetulan dia dan pasangannya jumpa saya kerana ‘masalah kesuburan’ dan selama ini pasangannya tidak tahu mengenai kesulitannya.

Untuk mengakhiri cerita, saya jelaskan kesulitannya kepada pasangan dan pasangan itu sanggup menerima keadaannya itu dan boleh terima cara yang membolehkan pasangannya hamil iaitu dia mengeluarkan air maninya dengan tangan dan sampel air mani itu dimasukkan ke dalam faraj isteri melalui alat picagari, ketika isteri dalam waktu subur.

Kesudahannya, isterinya hamil dan buat seketika kehidupan mereka tenteram walaupun keadaannya tidak berubah. Inilah risiko onani yang dilarang agama kita.

Bagi sesiapa yang mungkin mengalami perkara sama, iaitu mungkin terikat dengan amalan onani, perlu segera mengubah tabiat demi kepentingan rumah tangga dibina.

Hargailah kehadiran isteri, si suami perlu tunaikan tanggungjawab batin dan jangan biarkan pasangan ternanti-nanti belaian seorang suami.

Jika ada masalah, ia perlu dibincangkan bersama pasangan dan jangan dipendamkan. Jika mahu mendapatkan khidmat saya, boleh datang ke Damai Service Hospital di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Lebih baik jika dibawa isteri bersama untuk bimbingan dan rawatan.

Muzium mini Peter Wee

Lelaki ini telah menumpahkan seluruh jiwa dan raganya untuk mempertahankan legasi Baba dan Nyonya di Singapura.



"JEMPUTLAH duduk di sofa itu. Di situlah Tun Endon Mahmood (Allahyarham) pernah duduk ketika kunjungannya beberapa tahun lalu," kata pemilik galeri Katong Antique House, Katong, Singapura, Peter Wee mengalukan kehadiran sekumpulan wartawan dari Malaysia. Bicara lelaki tua berkulit cerah itu ramah dan santun.

Ketika masing-masing terpegun menyaksikan barangan antik warisan Baba dan Nyonya di segenap ruang, Wee, 63, atau mesra disapa Baba Peter Wee membuka daun pintu almari berisi kain-kain batik.

"Nak tengok kain sarung warna apa? Cakap sahaja warnanya, saya keluarkan," ujarnya dalam bahasa Inggeris biarpun dia amat fasih berbahasa Melayu.

Sungguh menarik apabila beliau dapat mengeluarkan kesemua warna yang disebutkan termasuk kain batik berwarna kuning terang, merah jambu dan putih.

"Warna-warna ini turut menjadi kegemaran kaum Nyonya. Memang susah sikit hendak jumpa warna-warna macam ini sebab kain batik yang popular biasanya berwarna coklat dan berona lebih gelap.

"Penggunaan batik lukis berbanding batik cetak juga bercirikan kaum Cina. Motif flora kerap menjadi pilihan," terangnya.

Meminta salah seorang daripada pengunjung wanita menjadi model, Wee kemudian menunjukkan cara memakai kain batik lepas yang sememangnya tidak berjahit.


GAMBAR RAJAH kebaya nyonya dan aneka alatan tradisi Baba Nyonya.

Wee tidak kekok menunjuk ajar langkah-langkah memakainya dan nada suaranya sentiasa teruja untuk berkongsi pengetahuan tentang budaya Baba dan Nyonya.

Hakikatnya, memang itulah yang Wee lakukan sejak dulu lagi. Wee berusaha mengumpulkan elemen warisan Baba dan Nyonya, lalu menyampaikan pengetahuannya kepada khalayak.

Koleksinya diperoleh daripada warisan keluarganya dan keluarga Baba dan Nyonya yang lain. Ada juga yang dibeli, misalnya daripada lelongan dan ada pula yang 'dipungut' daripada mereka yang tidak memerlukannya lagi.

Luar biasa

Muzium mini Katong Antique House yang merupakan rumah kedai dua tingkat menjadi saksi kepada kesungguhannya menyimpan khazanah budaya Baba dan Nyonya.

Di segenap ceruk termasuk anak-anak tangga sekalipun, terdapat barangan Baba dan Nyonya yang melatari pandangan sehingga kaki perlu berhati-hati semasa memijak anak tangga.

Tingkat bawah rumah dipenuhi dengan pelbagai barangan seperti tembikar, bingkai gambar lama, kebaya Nyonya dan perabot antik. Sementara tingkat dua pula terdapat koleksi kain batik, kasut sulaman manik dan mangkuk tingkat variasi rupa.

Minat Wee untuk mengumpul barangan antik Baba dan Nyonya terbit sebelum memiliki Katong Antique House pada tahun 1979 lagi. Wee berkata, menyimpan warisan budaya ini ialah minat dan keghairahannya.

Beliau sendiri mengakui tidak pernah menghitung berapa banyak koleksi yang dimilikinya. Kini, setelah usianya melewati enam dekad, gelora kasihnya masih tertumpah pada warisan budaya asal-usulnya itu.


HOTEL Le Peranakan yang terletak di East Coast Road, Singapura menawarkan pengalaman yang unik. KANAN: ANEKA kasut manik.

"Saya terlalu sibuk mengumpul barangan, menulis tentang Baba dan Nyonya serta mengkajinya. Saya bukan sekadar mengumpul barang sebaliknya cerita di sebalik barang itu. Ia benar-benar memotivasikan saya.

"Jika anda melihat sepasang kasut manik, ia turut menceritakan tentang Nyonya atau bibik yang menyulam kasut itu. Saya bukan sekadar pengumpul, saya juga penglipurlara!" katanya yang tidak berkahwin.

Sesekali, Wee yang pernah disifatkan 'extraordinaire' oleh majalah The Peranakan pada tahun 1998 dek kejituan minatnya terhadap kebudayaan Baba dan Nyonya mengelus rambutnya yang memutih.

"Ya, ia boleh dianggap sebagai pengorbanan demi budaya. Hari-hari saya berada di galeri ini. Saya boleh dikatakan seperti 'berkahwin' dengan budaya," kata generasi kelima Baba dan Nyonya di Singapura itu.


BEBERAPA mangkuk tingkat tradisi kelihatan di atas sebuah almari di Katong Antique House, Singapura.

Namun, Wee tetap ingat asal keturunannya adalah dari Melaka.

Baba dan Nyonya atau Peranakan merupakan kaum yang unik kerana ia terbentuk daripada asimilasi budaya. Kaum Cina dari negara China yang datang ke Melaka pada kurun ke-15, kebanyakannya pedagang, menetap di situ dan menyerap budaya masyarakat setempat khususnya Melayu.

Pulut inti

Wee menjelaskan, kaum Baba dan Nyonya bukanlah satu percampuran darah sebaliknya adaptasi budaya.

Pembukaan Negeri-Negeri Selat bermula pada hujung 1700-an oleh British antara faktor mendorong penghijrahan kaum Baba dan Nyonya ke Pulau Pinang dan Singapura. Katong misalnya merupakan antara kawasan utama komuniti Baba dan Nyonya di Singapura.

Wee merupakan anak bongsu kepada pasangan Wee Guan Hong dan Josephine Tan Pin Neo. Pin Neo merupakan anak tunggal Tan Cheng Kee, salah seorang daripada empat orang anak lelaki kepada ahli perniagaan kaya dari Melaka.

Cheng Kee mempunyai pertalian darah dengan pengasas MCA, Tun Tan Cheng Lock.

Wee menyifatkan, gaya hidup masyarakat Baba dan Nyonya terdiri daripada 80 peratus budaya Cina dan 20 peratus Melayu, Portugis, Belanda dan British.

Pertuturan mereka adalah gabungan bahasa Hokkien, Melayu dan Inggeris. Mereka berdondang sayang, berjoget dan makan sirih.



"Bukan sahaja dalam pertuturan, dan kehidupan seharian, bahkan adat perkahwinan juga.

"Menurut adat perkahwinan tradisi Baba dan Nyonya, ia dilaksanakan selama 12 hari dan pada hari terakhir, tetamu disajikan dengan nasi lemak.

"Seperti konsep yin dan yang, nasi melambangkan lelaki dan sambal melambangkan perempuan," ujar Naib Presiden I Persatuan Peranakan Singapura itu.

Dalam kunjungan pihak media, Wee turut menjamu kami dengan sajian pulut inti yang dibuat sendiri. Berwarna biru, pulut inti dibuat menggunakan bunga telang yang lazim digunakan untuk membuat nasi kerabu di Pantai Timur.

Wee turut bercerita tentang ibunya, Pin Neo, 96, yang sehingga hari ini masih selalu memakai kebaya.


PETER WEE (kanan) menunjukkan cara memakai kain batik lepas.

Namun, Wee sedar yang gaya hidup dan adat Baba dan Nyonya kini sudah terlalu kurang dipraktikkan oleh generasi muda dan amat sukar untuk melihat anak-anak gadis berkebaya di jalanan.

"Jangankan pakaian atau bahasa pertuturan, adat berteriak pun susah untuk diamalkan.

"Macam mana hendak berteriak panggil? Bapa mari makan, ibu mari makan, nenek mari makan, adik mari makan, abang mari makan.

"Kalau masing-masing hendak keluar rumah pun main keluar sahaja tanpa beritahu," katanya sambil menerangkan ramai juga antara kaum Baba dan Nyonya di Singapura yang telah berhijrah ke Australia.

Namun, Wee mengamalkan peribahasa berpijak di bumi nyata. Beliau tidak berhajat untuk menentang masa kerana sedar pemodenan dan budaya Barat kian meresapi dunia.

Hotel butik

"Secupak tidak boleh jadi segantang. Dunia dan zaman berevolusi. Yang tradisional akan berubah menjadi moden.

"Saya cuma tidak mahu apa yang pernah dimiliki hilang. Menjadi tanggungjawab untuk yang tua menyimpan dan menceritakan kepada yang muda," ujarnya yang baru sahaja menghasilkan buku A Peranakan Legacy terbitan Marshall Cavendish.

Sekurang-kurangnya pada masa ini, Wee boleh tersenyum sedikit apabila ada beberapa pasangan muda berkahwin berminat menyewa pakaian daripadanya.


MASAKAN pulut inti yang menggunakan bunga telang.

Siri televisyen Singapura mengenai kaum Baba dan Nyonya, Little Nyonya juga mendapat sambutan hangat sehingga ke negara-negara jiran malah sudah disiarkan di Amerika Syarikat.

Pembukaan hotel baru, Le Peranakan di East Coast Road, Singapura turut membuat Wee tersenyum gembira. Hotel butik yang diuruskan oleh Radiance Hospitality Group itu mempunyai dekorasi berasaskan budaya Baba dan Nyonya yang mampu memberikan pengalaman yang berbeza.

"Ia satu perkembangan yang menggembirakan. Saya suka apabila nama Peranakan terus 'dipanjangkan'," ujarnya sambil memberitahu Persatuan Peranakan Singapura kini dianggotai kira-kira 1,900 ahli. Persatuan itu turut mempunyai hubungan yang akrab dengan Persatuan Peranakan Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor.

Saat ditanya apakah pesanan terakhirnya buat generasi muda, Wee yang amat meminati lagu-lagu irama asli seperti joget dan keroncong memberi amaran:

"Jangan sesekali ubah lagu asli. Janganlah rosakkannya."

Tuesday, January 5, 2010

Qat jaringan sosial di Yaman


QAT dipercayai menyebabkan Yaman kehilangan 20 juta jam waktu bekerja kerana sikap rakyatnya yang pulang awal untuk ritual mengunyah daun tersebut.

BAGI masyarakat Yaman, daun qat adalah sebahagian daripada kehidupan sosial mereka terutamanya selepas makan malam di negara-negara Barat. Qat merupakan sejenis dadah ringan yang berasal daripada sejenis tumbuhan. Masalahnya kini ialah tumbuhan itu hanya tumbuh di zon peperangan.

Mohammed Ahmed Ghanem membuka gerai yang menjual qat pasar Kuwait di bandar Yaman.

Dia memberitahu pada waktu tengah hari harga daun itu boleh mencecah antara RM6.8 hingga RM343 bergantung pada kualiti.

Namun daun yang dikenali sebagai Shami tidak lagi dijual di gerai Ghanem.

Ia bermula pada bulan Ogos lalu ekoran kerajaan Yaman berhadapan konflik dengan pemberontakan Shiite di pergunungan tha far utara. Ia berkaitan dengan sekatan dan pengedaran tanaman tersebut di pasar Sanaa.

Sekatan

Shami merupakan salah satu tumbuhan organik yang kini ditanam dengan banyak kerana mampu memberikan kepuasan kepada masyarakat negara itu.

"Sekiranya saya tidak mengambil qat saya akan terputus hubungan dengan kawan-kawan dan saudara-mara," ujar seorang pengguna sebaik saja duduk di kusyen di dalam salon di Saana. Pipinya kelihatan menonjol ketika mengunyah daun-daun qat.

Qat tidak diharamkan di Yaman tetapi kebanyakan pengguna tidak mahu nama mereka disiarkan di dalam akhbar.

Qat bagaimanapun diharamkan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. Malah, di Yaman sendiri pihak berkuasa berusaha menyekat pengambilannya terutamanya di pejabat-pejabat kerajaan.

"Saya tahu tentang ekonomi dan kos sosial tetapi saya tidak boleh hidup tanpanya," jelas salah seorang pengguna.

Pada setiap waktu tengah hari dia akan keluar pejabat pada waktu kerja dan menuju ke pasar Kuwait untuk membeli stok tersebut. Jus istimewa itu dikeluarkan daripada daun apabila mengunyah dalam jangka masa yang lama. Jadi amat penting mendapatkan daun-daun qat yang segar.

Sebaik sahaja memasuki salon, dia membuka baju moden stail Barat dan meninggalkan busana tradisional masyarakat Yaman tanpa lengan dan bertali pinggang yang menyelitkan pisau belati. Kemudian, dia terus duduk di dalam salon. "Wah, inilah momen terbaik untuk hari ini."


MASYARAKAT Yaman merasakan mereka akan hilang jaringan sosial jika tidak menyertai atau mengunyah daun qat bersama rakan-rakan atau saudara-mara.

Bagi golongan lelaki Yaman, sesi menikmati qat merupakan peluang untuk mereka bersosial dan berkumpul bersama teman-teman. Pada waktu itulah mereka akan berdebat dan membincangkan pelbagai isu serta hal-hal negara. Dalam pada itu pengambilan qat dalam kalangan wanita dan kumpulan remaja turut menunjukkan peningkatan.

Semaian

Jualan qat di Yaman dianggarkan mencecah RM2,739.60 setahun. Ia suatu jumlah yang tinggi dalam negara yang menduduki tempat ke-138 (iktiraf dalam rangking AS) di dunia dari segi pembangunan kemanusiaan bersama produk domestik kurang daripada RM3,424 seorang.

Di bandar Yaman qat yang diambil bersama tembakau merupakan hasil pendapatan isi rumah yang terbesar.

Keistimewaan qat berjaya menarik minat peladang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari kementerian pertanian, qat mampu menghasilkan empat kali musim semaian dalam setahun. Kira-kira penanam qat mampu memperoleh RM42,806 sehektar iaitu tiga kali ganda daripada hasil tanaman yang lain.

"Jika tanaman lain mengambi masa selama lima tahun untuk mendapat hasil tuaian dari pokok buah-buahan tetapi qat hanya dalam beberapa bulan saja," ujar pengeluar dadah qat di pasar Kuwait, Hani Saleh.

Penanaman pokok-pokok qat yang rendah itu telah memenuhi kira-kira tiga suku tanah di Yaman.

Terbaru, kajian yang dijalankan oleh Akademi Yaman Fethi Sakkaf mendapati sebanyak 85 peratus masyarakat Yaman menanam qat.

Dalam kajian yang sama dianggarkan di Yaman sebanyak 20 juta jam waktu bekerja telah hilang setiap hari. Ia berpunca daripada sikap para pekerja yang pulang awal bagi menyertai aktiviti ritual menghidu qat pada waktu tengah hari. -AFP

Sunday, January 3, 2010



ASAL USUL ILLUMINATI




Sebelum berdirinya Illuminati moden yang diasaskan oleh Adam Weishupt,sebenarnya Illuminati telah lama wujud tetapi dalam bentuk lebih rahsia dan bersifat kultus.Hanya apabila Adam Weishupt mengasaskan Illuminati moden hingga membawa kepada nama Bavarian Illuminati,maka pertubuhan rahsia ini seakan-akan telah menjalani proses 'rebranded' (penjenamaan semula) dan imej serta strateginya tersusun dan lebih mantap.

Illuminati kuno adalah salah satu kelompok dalam kumpulan pemujaan syaitan Pagan-Kabbalah, di mana mereka memuja Iblis yang disifatkan mereka sebagai 'Pemegang Cahaya'.Iblis bagi mereka adalah malaikat yang dilupakan manusia,kadang-kadang disebut sebagai 'The Fallen Angel'.Nama lain bagi 'Pemegang Cahaya' ini adalah Lucifer iaitu nama yang diambil dari Bible dalam bahasa latin.Lucifer ini membawa kepada makna 'Morning Star' iaitu bintang yang bercahaya terang pada waktu pagi, merujuk kepada ketika Iblis dihalau keluar dari syurga, dia telah jatuh ke bumi sebagai 'The Fallen Angel' dan kelihatan seolah-olah bintang terang yang bercahaya jatuh dari langit.

Organisasi rahsia Yahudi tertua yang sekarang dikenal adalah gerakan kepercayaan Kabbalah, sebagaimana dibincangkan di sebelum ini, yang ternyata setelah ditelusuri telah berusia paling tidak 4000 tahun. Aliran Kabbalah yang pertama terbentuk kira-kira selama era pembuangan suku-suku Bani Israel ke Babilon di bawah nama "Aliran Persaudaraan" pada era dinasti Ur ke-3, antara 2112 - 2004 SM. Kaum Kabalis itu menyusup dan merebut kekuasaan, dan berhasil. Amalan "Aliran Persaudaraan" yang didasarkan pada ajaran Kabbalah itu tetap hidup dan dijalankan sampai ke hari ini.



Selama perjalanan sejarah tercatat ada tiga aliran Kabbalah, Aliran Hijau, Aliran Kuning, dan Aliran Putih. Yang paling menarik dari ketiga-tiga aliran itu adalah Aliran Putih, yang nampaknya hampir tidak diketahui oleh para pengkaji. Kelangsungan Aliran Putih itu dicapai karena gerakannya yang sangat rahsia. Kalau aliran lainnya lebih menekankan pada ajaran penyembahan Lucifer/Iblis, maka Aliran Putih ini berjalan lebih jauh sebagai suatu organisasi yang menekankan misi politik, di samping mengembangkan ajaran Kabbalah. Mereka merumuskan bahwa misi Kabbalah adalah untuk menentukan masa depan peradaban umat manusia dengan tujuan membentuk "Pemerintahan Satu Dunia" ( E Pluribus Unum) di bawah kepemimpinan kaum Yahudi.

Merekalah yang dikatakan mencipta istilah Yunani, 'politik' (sebagaimana pengertiannya sampai kini), theosophy,philosophy (termasuk menghasilkan para ahli falsafah besar seperti Plato, Socrates, dsb.), sistem pemerintahan, ketenteraan, pendidikan, (menyelewengkan) agama, pemisahan, hierarki, dan ilusi tentang adanya bangsa unggul Aryan yang di kemudian hari digunakan oleh Hitler serta apartheid oleh bangsa kulit putih tertentu di dunia. Dengan kata lain, mereka merupakan peletak dasar peradaban Barat sekarang ini. Adalah kenyataan, peradaban Barat masa kini didasarkan pada prinsip-prinsip yang berdasarkan peradaban Judeo-Greco.Sejak permulaannya Aliran Putih Kabbalah memandang sangat penting untuk memelihara garis-darah Yahudi yang "tidak-tercemar". Untuk dapat masuk Aliran Persaudaraan Putih seorang Yahudi harus memiliki darjah master's degree pada semua disiplin ilmu yang dipandang berkaitan dengan ajaran Kabbalah, dan banyak dari disiplin ilmu itu berada di luar kemampuan orang biasa. Hanya orang Yahudi dari garis keturunan yang lurus yang diizinkan masuk menjadi anggota.Dalam amalan bererti seseorang harus melalui pendidikan selama tidak kurang dari 40 tahun. Prinsip itu tetap dilaksanakan oleh organisasi warisan Kabbalah, Illuminati. Oleh karena itu bagi keluarga Yahudi penting untuk mempunyai anak banyak - kalau seorang anak gagal - yang lain diharapkan akan dapat lulus dari pilihan yang ketat itu. Aliran Putih adalah peletak dasar konsep yang kini dikenal dengan nama "Tata Dunia Baru" (Novus Ordo Seclorum) dan "Pemerintahan Satu Dunia" (E Pluribus Unum).



Illuminati bagi golongan Eropah-Kristian

Nama "Illuminati" berasal dari nama yang diberikan oleh para rahib Gereja Nicene Awal kepada mereka yang berserah diri untuk dibaptis menjadi Kristian. Mereka disebut "illuminati", yang artinya "mereka yang menerima cahaya" atau "pencerahan", dengan anggapan mereka telah menerima petunjuk tatkala dibaptis ke dalam iman Katolik; mereka telah menerima kurnia "cahaya" dalam ertikata "pencerahan nurani".

Sebuah aliran mistik gereja Katolik dengan nama "Illuminati" pada awal abad ke-16 berhasil disusupi oleh anasir Kabbalah yang ketika itu dalam pemburuan oleh Gereja di era Inquisition Sepanyol. Aliran Katolik yang talah diresapi fahaman Kabbalah ini kemudian muncul di Perancis dengan nama 'Guerinets' antara tempoh 1623 hingga 1635. Di Sepanyol dan Itali pada abad ke-15 dan ke-16, aliran ini muncul dengan nama lain, "Alumbrado", yang diertikan bahwa seseorang telah mampu melakukan interaksi langsung dengan Roh Kudus, sehingga mereka (orang-orang Kabbalis itu) tidak lagi perlu melakukan upacara gereja Katolik. Namun kepercayaan ini oleh Gereja Katolik dianggap sebagai bid’ah, dan mereka tetap menjadi sasaran perburuan Mahkamamah Inquisition. Selama kurang lebih seabad lamanya gerak-geri kaum 'Illuminati' Yahudi tidak terdengar. Mereka bergerak di bawah tanah. Tetapi pada tahun 117I nama "Illuminati" muncul kembali, pada sebuah organisasi yang didirikan Adam Weishaupt di Ingolstadt, Bavaria.

Siapa sebenarnya Adam Weishaupt?


SUMBER:http://mistisfiles.blogspot.com

Friday, January 1, 2010

FAIL NO.0006466543: THE ILLUMINATI




Illuminati (dari perkataan 'illuminate' bermaksud menerangi) adalah sebuah organisasi sulit terhasil dari gabungan pertubuhan kaum pagan khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang murtad dari agama mereka. Illuminati pada asalnya adalah berasaskan pengetahuan rahsia yang kononnya dicapai oleh kaum pagan sejak turun temurun yang lebih kepada dunia sihir,ramalan astrologi dan mistik sesat.Pengetahuan ini akhirnya diminati pula oleh kaum Kristian yang mula tidak percaya dengan agama mereka akibat kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalamnya termasuk kecelaruan konsep Triniti dan kesahihan Bible yang bercampur aduk dengan tulisan paderi.

Menurut sejarah moden Illuminati, pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishupt (mati pada tahun 1830M) pada tahun 1776M.Dia yang merupakan salah seorang anggota Freemasonry telah keluar dari Kristian dan menubuhkan pertubuhan ini.Sebelum itu, dia telah dikunjungi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman untuk menarik dirinya ke dalam sarang Freemason dan mistik Kabbalah.Dia yang juga adalah seorang profesor Teologi di Universiti Angold Stadt,Jerman telah menganut fahaman Ateisme.

Perkataan Illuminati dinisbatkan kepada salah satu daripada kumpulan mazhab Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai golongan bijaksana (hukama) Yahudi.Dalam bahasa Arab pula perkataan Illuminati bermaksud al-Nuraniyyin.Ini berasal dari salah satu nama Iblis yang dinisbatkan kepada 'bintang pagi' yang bercahaya terang atau dengan nama panggilannya ialah Lucifer.Oleh itu,perkataan ini diambil dari maksud Lucifer itu sendiri iaitu 'Pemegang Cahaya'.Pertubuhan ini dibiayai oleh Rothschid yang merupakan gedung kewangan Yahudi.

Adam Weishupt percaya bahawa dunia ini patut berubah mengikut kehendak Iblis dan dia juga percaya keamanan dan kestabilan berserta hidup gembira adalah mengikut sistem Iblis.Untuk mencapai matlamat ini,dia telah membuat helah dengan mengatakan dunia ini patut dipimpin oleh orang-orang yang berwibawa sahaja dan dia telah berjaya menarik lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang telah dirancang olehnya dengan mendapat sokongan anggota Freemasonry peringkat tertinggi.Pengikut-pengikut ini memang mempunyai berkemahiran tinggi dalam semua aspek kehidupan dunia telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai 'Lodges of The Grand Orient' untuk melaksanakan agenda Dajal Laknatullah yang merekrutnya.

Tujuan asas Illuminati ialah menguasai dunia dan isinya.Dengan itu mereka dapat melaksanakan apa jua kehendak mereka sendiri.Namun begitu mereka bukanlah yang sebenar-benarnya memegang kuasa di Illuminati ini.Terdapat 'The Hidden Hand' yang memantau mereka.Dia adalah Dajal Laknatullah Al-Muntazhor, manusia berwatak syaitan yang dilengahkan ajalnya.

SUMBER: http://mistisfiles.blogspot.com