NI LAH ORG KATA CAKAP SIANG PANDANG PANDANG CAKAP MALAM DENGAR DENGAR.
LAWAK PUN ADER AKU TGK VIDEO NIH DA MCM HARAM JEK....
TU LA PERANGAI MCM HARAM....
LEN KALI PUSING KELILING...X PASAL PASAL KENA PENAMPO JEPUN....
WAKAKAKAKAKA....
PADAN MUKA!!
cerita tentang kepelikan kehidupan manusia: suka duka pelil pelik perangai tindak tanduk hiburan bosan tips khabar berita angin gosip gosip macam macam dan pelbagai.............
PAKAR SAKIT PUAN bersama Dr. Adilah AhmatSAYA gadis berusia 25 tahun. Beberapa tahun lalu, saya menderma darah dan kemudian dipanggil oleh Pusat Darah Negara.
Seorang doktor kemudian memaklumkan saya ada penyakit sifIlis.
Saya tidak faham langsung bagaimana saya mendapat penyakit ini sedangkan saya tidak pernah membuat hubungan seks.
Saya bakal berkahwin akhir tahun ini dan hanya ibu yang mengetahui perkara ini.
Saya bimbang penyakit ini akan diketahui ketika melakukan ujian darah. Adakah berkemungkinan ia boleh bertukar menjadi HIV?
EZAH DILEMA
Petaling Jaya, Selangor
TERLEBIH dulu, anda dinasihatkan mendapatkan kaunseling daripada pakar perubatan dalaman mengenai sifilis memandangkan ia di luar bidang sakit puan.
Bagaimanapun, berikut adalah sedikit penerangan am mengenai masalah anda.
Apabila kita menderma darah, di samping ujian keserasian, sedikit sampel darah penderma lazimnya akan juga diuji terlebih dulu untuk beberapa saringan penyakit berjangkit sebelum didermakan ke atas orang lain.
Ini termasuk ujian HIV, hepatitis B, hepatitis C dan sifilis.
Bagi saringan sifilis, ujian Venereal Disease Research Laboratory (VDRL) lazimnya dilakukan.
Ujian VDRL ini sememangnya dilakukan secara rutin ke atas semua darah penderma dan wanita hamil, di samping ke atas mereka yang berisiko menghidapinya (contohnya, mereka yang dikesan HIV positif, hepatitis B, hepatitis C, berpenyakit seksual seperti herpes dan seumpamanya).
Anda perlu memahami bagaimana sifilis dikesan dan disahkan. Sifilis diketahui secara mengesan kehadiran bakteria ini (treponema pallidum) di dalam sampel dari ulser kelenjar limfa seseorang yang dapat dilihat menggunakan teknik mikroskopik khas atau inokulasi ke dalam haiwan.
Ini dapat dilakukan sekiranya seseorang sudah pun mempunyai ulser terbabit.
Selain itu, sÃfilis dapat diketahui secara ujian serologi iaitu mengesan kehadiran antibodi terhadap bakteria treponema ini.
Terdapat beberapa jenis ujian serologi. Namun, tidak semua ujian serologi ini pula semestinya bersifat sah atau spesifik, ada yang bersifat saringan saja seperti ujian VDRL dan ujian RPR yang lebih lazim dilakukan kerana ia lebih mudah dan murah.
Seseorang yang didapati positif VDRL pula lazimnya dinasihatkan menjalani pemeriksaan fizikal dan ujian treponema yang bersifat spesifik (tetapi lebih mahal) seperti ujian fluorescent treponemal antibody absorption (FTA-abs), treponema pallidum hemaglutinin assay (TPHA) dan seumpamanya.
Jika hasil menunjukkan reaktif, maka barulah seseorang disahkan mengidap sifilis. Ini kerana ujian saringan seperti VDRL bersifat tidak spesifik iaitu juga boleh positif dalam keadaan lain dan tidak semestinya sifilis saja.
Berkemungkinan anda sudah pun dipanggil untuk menghadiri penerangan lanjut, kaunseling, pemeriksaan dan ujian yang lebih spesifik seperti TPHA serta ujian tambahan lain oleh doktor di sana.
Untuk langkah keselamatan, darah yang didermakan dulu mungkin sudah dilupuskan iaitu tidak akan didermakan ke atas orang lain. Berjumpalah doktor anda semula untuk maklumat dan penerangan lanjut mengenai jenis ujian yang sudah serta akan dijalani serta langkah selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my
DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail ThambyKINI ada banyak peralatan berbentuk gelang dan cincin untuk ditambat kepada zakar yang kononnya dapat memberi tenaga, kekuatan dan kesihatan zakar.
Semua peralatan itu dijual dengan harga mahal. Ada juga peralatan sama yang dikatakan mengandungi azimat atau jampi serapah, kononnya membuatkan zakar ‘gagah’.
Di samping itu kita terdengar mengenai musibah yang berlaku kepada beberapa orang yang menggunakan cincin besi untuk menambat pangkal zakar dengan tujuan membesarkan zakar.
Kesudahannya, zakar bengkak dan berwarna biru kerana aliran darah di dalamnya tersekat, menyebabkan cincin itu terpaksa dipotong dalam pembedahan kecemasan.
Mungkin ada banyak lagi kes sebegitu tetapi tidak dilaporkan kerana mangsa malu. Persoalannya, benarkah cincin dan gelang untuk zakar benar-benar memberi manfaat seperti digembar-gemburkan itu?
Mereka yang menjadi ejen alat berkenaan sudah tentu memberi pelbagai testimoni dan ada juga yang menunjukkan gambar ‘zakar mereka’ yang pulih dan baik akibat penggunaan cincin berkenaan.
Itu sebenarnya hanya tipu helah dan taktik untuk mencari wang ringgit dengan senang. Mereka sanggup menjual maruah dan memberi derita kepada yang orang membeli alat itu.
Individu yang terdesak akan membeli tanpa usul periksa dan kemudian mengalami masalah.
Untuk makluman pembaca, cincin dan gelang yang keras apabila ditambat kepada pangkal zakar ketika zakar separa tegang akan menahan darah.
Jika kebetulan zakar membesar dan cincin atau gelang itu tertambat serta sukar ditanggalkan, ia memberi masalah kepada perjalanan darah ke dalam zakar. Apabila perjalanan darah tersekat, tisu dalaman akan mati dan zakar akan rosak selama-lamanya.
Jika cincin yang elastik dan yang mudah mengembang digunakan, cincin itu mengembang serta tidak memberi tekanan jika tiada benda keras dalamnya.
Maka cincin itu boleh digunakan jika mahu kekalkan ereksi untuk jangka masa lama atau memantapkan ereksi yang kurang tegang kepada lebih tegang. Namun cincin dan gelang itu perlu diuji dan bukan sekadar dibuat dan dijual.
Jika penambat cincin itu ketara, ia boleh menekan tisu zakar dan mengakibatkan keradangan serta kemunculan parutan jika digunakan untuk jangkamasa lama atau digunakan kerap.
Saya tidak syorkan mana-mana cincin penambat zakar yang tidak diuji kaji keberkesanannya. Hanya satu rekaan bentuk cincin penambat zakar yang diuji kaji dan hasil kajian juga turut dilaporkan dalam Jurnal Andrologi Asia 2006 pengeluaran isu Oktober.
Jadi anda semua perlu waspada dan jangan suka sangat membeli cincin yang bukan-bukan kerana ia dijual dengan menggunakan nama doktor.
Saya difahamkan, nama saya digunakan banyak syarikat yang menjual cincin. Dapatkan pengesahan dulu. Saya tiada produk cincin atau gelang zakar.
Saya pernah menjalankan ujian kepada sejenis cincin penambat zakar dan reka bentuk itu dipaten oleh pengusahanya. Bagi yang berminat boleh lihat rupa bentuk cincin itu dan manfaatnya dalam YouTube.
DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail ThambyRASANYA masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua dan diharap semua amalan sepanjang Ramadan lalu diberkati dan diterima Allah.
Bercakap mengenai Aidilfitri, biasanya ramai juga di kalangan kita mengambil kesempatan melangsungkan perkahwinan kerana ketika ini juga ramai sanak saudara berkumpul dan cuti juga panjang.

BUDAPEST - Pertandingan ratu cantik lazimnya mencari wanita yang jelita namun sebuah syarikat di sini menganjurkan pertandingan mencari ratu plastik di Hungary, lapor sebuah akhbar semalam.
Peserta-peserta itu merupakan pesakit beberapa pakar bedah. Mereka perlu menunjukkan apa sahaja aset plastik termasuk payu dara, hasil sedut lemak dan pemindahan rambut.
Sekumpulan hakim pertandingan bukan sahaja menilai prestasi semasa hari pertandingan malah mereka akan turut memeriksa rekod perubatan peserta.
Namun, pertandingan yang bermula hari ini di sini turut mencetuskan ketegangan berikutan beberapa insiden di belakang tabir.
"Saya akan menyaman pembekal rambut kerana bahan yang mereka bekalkan terbakar ketika ia diwarnakan.
"Nasib baik ia terbakar sebelum dipasang ke kepala saya," kata seorang peserta, Alexandra Horvath.
Pihak penganjur berkata, acara itu membenarkan peserta berumur 19 hingga 38 menyertainya bagi meraikan kecantikan tubuh baru mereka. - Agensi
http://www.kosmo.com.my

SLIDELL, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki bogel yang memecah masuk sebuah rumah untuk memasak dan mandi sebelum melarikan diri memberitahu polis bahawa dia berkelakuan ganjil kerana menghidap masalah kesihatan, lapor sebuah akhbar semalam
Jabatan Polis Slidell di negeri Louisiana berkata, kelakuan pelik pencuri bogel itu dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman yang dipecah masuk lelaki tersebut pada Isnin lepas.
Jurucakap polis Slidell, Kaptain Kevin Foltz berkata, polis akan menyoal siasat lelaki itu yang menyerah diri kelmarin sebelum memutuskan sama ada akan mendakwa suspek kerana melakukan jenayah.
Sehari sebelum itu, polis menerima satu panggilan daripada seorang saudara suspek yang mengetahui tentang pencerobohan tersebut melalui laporan media tempatan.
Kata, Foltz, polis kemudian menemui lelaki itu yang kemudian bersetuju untuk menyerah diri untuk disoal siasat.
Tambahnya, polis diberitahu bahawa lelaki itu mengalami masalah perubatan berkaitan dengan penyakit diabetes yang dihidapinya menyebabkan dia memecah masuk ke dalam sebuah rumah mewah di sini.
Lelaki tersebut menggeledah kediaman itu sebelum memasak hidangan untuk dirinya dan mandi.
Dia kemudian membalut dirinya dengan sehelai selimut sebelum meninggalkan rumah itu. - Agensi
http://www.kosmo.com.my

WASHINGTON - Ahli-ahli astronomi dan pengkaji angkasa lepas di seluruh dunia menanti dengan penuh debaran misi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) apabila sebuah satelit dihempas ke permukaan bulan hari ini.
Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan (LCROSS) itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu roket dinamakan Centaur dan sebuah kapal angkasa peninjau.
Roket Centaur akan menghentam sebuah kawasan berhampiran Kutub Selatan di bulan itu yang dinamakan rantau Cabeus.
Empat minit selepas kawah terbentuk, kapal angkasa peninjau akan bergerak mengesan dan mencari sama ada terdapat kesan air dan ais dalam debu yang terbentuk.
Ia akan menyalurkan semua maklumat itu ke pangkalan NASA di bumi sebelum melakukan rempuhan yang kedua.
Rempuhan itu akan menyebabkan kawah sebesar satu pertiga saiz padang bola sepak terbentuk.
Orang ramai boleh menyaksikan peristiwa bersejarah itu secara dalam talian dengan melawat laman web televisyen NASA.
"Kesan asap dan debu akibat letupan itu akan naik cukup tinggi untuk membolehkan ia dilihat dari bumi," kata pegawai pengendali LCROSS, Brian Day.
Kira-kira 350 tan debu dan serpihan akibat hentaman itu akan naik ke angkasa lepas dan terurai kepada bahan-bahan asas sebaik sahaja terkena pancaran matahari.
Saintis-saintis kemudian akan mengkaji komponen asas itu melalui teleskop gergasi dari bumi.
"Jika terdapat air atau sebarang bahan menarik, sudah tentu kami akan menemuinya," kata seorang pegawai kanan misi itu, Tony Colaprete.
Misi itu dilakukan beberapa minggu selepas satu penyelidikan mendapati terdapat air di kawasan bulan. Sebelum ini, sebuah kenderaan penjelajah kawalan jauh yang dibawa roket Chandryaan-1 milik India mengesan kehadiran air beberapa sentimeter di bawah permukaan bulan. - Agensi
http://www.kosmo.com.my