Thursday, October 8, 2009

BULAN KENA LETUP!!!



WAH CAM NER TUH.....
NI LA MANUSIA DA X DER KEJE LEN....
BULAN PUN NAK GI LETUP....
PAS NI X LEH LA KITA TGK BULAN MENGAMBANG LAGI....


NASA 'letupkan' bulan hari ini


LAKARAN imej menunjukkan Roket Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan berpisah dengan kapal angkasa peninjau Centaur (kiri).


WASHINGTON - Ahli-ahli astronomi dan pengkaji angkasa lepas di seluruh dunia menanti dengan penuh debaran misi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) apabila sebuah satelit dihempas ke permukaan bulan hari ini.

Satelit Pengesan dan Pemerhati Kawah Bulan (LCROSS) itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu roket dinamakan Centaur dan sebuah kapal angkasa peninjau.

Roket Centaur akan menghentam sebuah kawasan berhampiran Kutub Selatan di bulan itu yang dinamakan rantau Cabeus.

Empat minit selepas kawah terbentuk, kapal angkasa peninjau akan bergerak mengesan dan mencari sama ada terdapat kesan air dan ais dalam debu yang terbentuk.

Ia akan menyalurkan semua maklumat itu ke pangkalan NASA di bumi sebelum melakukan rempuhan yang kedua.

Rempuhan itu akan menyebabkan kawah sebesar satu pertiga saiz padang bola sepak terbentuk.

Orang ramai boleh menyaksikan peristiwa bersejarah itu secara dalam talian dengan melawat laman web televisyen NASA.

"Kesan asap dan debu akibat letupan itu akan naik cukup tinggi untuk membolehkan ia dilihat dari bumi," kata pegawai pengendali LCROSS, Brian Day.

Kira-kira 350 tan debu dan serpihan akibat hentaman itu akan naik ke angkasa lepas dan terurai kepada bahan-bahan asas sebaik sahaja terkena pancaran matahari.

Saintis-saintis kemudian akan mengkaji komponen asas itu melalui teleskop gergasi dari bumi.

"Jika terdapat air atau sebarang bahan menarik, sudah tentu kami akan menemuinya," kata seorang pegawai kanan misi itu, Tony Colaprete.

Misi itu dilakukan beberapa minggu selepas satu penyelidikan mendapati terdapat air di kawasan bulan. Sebelum ini, sebuah kenderaan penjelajah kawalan jauh yang dibawa roket Chandryaan-1 milik India mengesan kehadiran air beberapa sentimeter di bawah permukaan bulan. - Agensi

http://www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment