Wednesday, October 7, 2009

2 juta bayi, ibu mati ketika kelahiran: Kajian


JOHANNESBURG (AP) — Lebih dua juta bayi dan ibu meninggal dunia di seluruh dunia setiap tahun kerana komplikasi ketika kelahiran, mengatasi jumlah kematian kanak-kanak akibat malaria, dan HIV/Aids, menurut kajian.

Kajian yang diumumkan pada kongres dunia Persekutuan Antarabangsa Gynekologi dan Obstetrik di Cape Town semalam menunjukkan kematian sedemikian boleh dielakkan dengan mudah.

“Dunia akan terus merindui tangisan 230 bayi yang tidak kedengaran setiap jam akibat komplikasi ketika kelahiran melainkan diadakan perancangan dan pelaksanaan dasar lebih baik," menurut kajian itu.


Kira-kira 1.02 juta bayi mati ketika kelahiran manakala 904,000 lagi meninggal dunia selepas dilahirkan. Sebagai perbandingan, 820,000 kanak-kanak maut akibat malaria dan 208,000 lagi mati akibat HIV/AIDS di seluruh dunia.

Kira-kira 42 peratus daripada 536,000 kematian berkaitan kehamilan di seluruh dunia juga berlaku ketika kelahiran.

Kematian di Afrika dan Asia Selatan mencakupi tiga per empat daripada keatian bayi dan ibu itu.

Kajian itu diterajui Save the Children, the Gates Foundation dan Johns Hopkins University dengan penyiasat dari berpuluh negara.

Ia diterbitkan dalam jurnal edisi Oktober persekutuan itu. - AP

http://www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment