Monday, October 5, 2009

DNA anak gajah 40,000 tahun


GAMBAR yang disiarkan oleh Muzium Field, Chicago menunjukkan saintis-saintis melakukan bedah siasat terhadap Lyuba.



CHICAGO - Seekor anak gajah purba mendapat tumpuan ramai saintis kerana tubuhnya berada dalam keadaan sempurna sejak 40,000 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Mamalia itu yang diberi nama Lyuba dipercayai mati pada usia sebulan setelah terkandas dalam sebatang sungai berlumpur di Siberia, Rusia yang sejuk.

Haiwan prasejarah zaman air batu itu dijumpai sekumpulan penggembala tiga tahun lalu dengan perut masih lagi mengandungi susu daripada ibunya.

Lyuba dikhuatiri maut akibat sesak nafas semasa cuba menyelamat dirinya dan saintis percaya penemuan anak gajah itu akan mendedahkan banyak rahsia berhubung haiwan purba.

Ia akan dipamer untuk tontonan awam di Muzium Field di sini pada Mac depan sebelum dibawa ke Muzium Sejarah Semula Jadi di New York sehingga tahun 2014.

Beberapa saintis menyatakan anak gajah itu boleh menyediakan asid deoksiribonukleik (DNA) untuk dianalisis.

- Agensi


http://www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment