Thursday, October 8, 2009

'Pondan' belasah samseng mabuk


LURWELL dan Lilley (kanan).


SWANSEA, England - Dua lelaki berpakaian wanita yang membelasah sehingga lembik dua samseng yang menyerang mereka kelmarin tidak disangkal lagi memiliki tubuh yang sasa, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun berpakaian wanita dan bermekap, Daniel Lurwell dan James Lilley bukan pondan seperti sangkaan dua samseng itu, Dean Gardener dan Jason Fender, masing-masing berumur 19 serta 22 tahun semasa mereka cuba membelasah kedua-duanya.

Kedua-dua samseng itu tidak menyangka bahawa Lurwell, 23, dan Lilley, 22, sebenarnya ialah ahli gusti kurungan profesional Britain yang popular dengan gelaran Lionheart dan Lights Out.

Menurut dua ahli gusti itu, mereka keluar menghadiri satu parti bujang dengan memakai pakaian wanita di sini apabila dua samseng yang mabuk itu tiba-tiba muncul dan menghamburkan kata-kata kesat.

"Salah seorang daripada mereka mengejek saya dengan menyatakan, cantik baju awak dan budak gay sebelum menumbuk saya," kata Lilley.

"Beberapa saat kemudian, saya membelasah kedua-dua samseng itu sehingga mereka rebah ke lantai," tambah ahli gusti itu.

Dua samseng itu yang ditangkap berpandukan imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengaku bersalah kerana berkelakuan agresif sebelum dihukum melakukan kerja komuniti selama empat bulan oleh hakim, memakai tag elektronik dan dikenakan perintah berkurung. - Agensi



pdp : padan muka.....pondan pun lelaki gak....kederat dia still laki...cuma kekadang jek awwwwwwwwww, lebih sket. kalo da tenga jantan keluar....lenbu jantan pun takut.....wawawawa

http://www.kosmo.com.my

Wednesday, October 7, 2009

2 juta bayi, ibu mati ketika kelahiran: Kajian


JOHANNESBURG (AP) — Lebih dua juta bayi dan ibu meninggal dunia di seluruh dunia setiap tahun kerana komplikasi ketika kelahiran, mengatasi jumlah kematian kanak-kanak akibat malaria, dan HIV/Aids, menurut kajian.

Kajian yang diumumkan pada kongres dunia Persekutuan Antarabangsa Gynekologi dan Obstetrik di Cape Town semalam menunjukkan kematian sedemikian boleh dielakkan dengan mudah.

“Dunia akan terus merindui tangisan 230 bayi yang tidak kedengaran setiap jam akibat komplikasi ketika kelahiran melainkan diadakan perancangan dan pelaksanaan dasar lebih baik," menurut kajian itu.


Kira-kira 1.02 juta bayi mati ketika kelahiran manakala 904,000 lagi meninggal dunia selepas dilahirkan. Sebagai perbandingan, 820,000 kanak-kanak maut akibat malaria dan 208,000 lagi mati akibat HIV/AIDS di seluruh dunia.

Kira-kira 42 peratus daripada 536,000 kematian berkaitan kehamilan di seluruh dunia juga berlaku ketika kelahiran.

Kematian di Afrika dan Asia Selatan mencakupi tiga per empat daripada keatian bayi dan ibu itu.

Kajian itu diterajui Save the Children, the Gates Foundation dan Johns Hopkins University dengan penyiasat dari berpuluh negara.

Ia diterbitkan dalam jurnal edisi Oktober persekutuan itu. - AP

http://www.bharian.com.my

Monday, October 5, 2009

Pelayan seksi di kafe Vietnam


SEORANG pelayan menuang air kopi di sebuah kafe di Santa Ana, California.


LOS ANGELES - Terdapat beberapa kafe kopi Vietnam di Santa Ana, selatan California yang menyediakan pelayan wanita seksi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelayan wanita itu memakai pakaian singkat dan skirt mini semasa melakukan tugas di kafe tersebut di Orange County yang dikenali sebagai Little Saigon.

"Ini merupakan trend baru dan kita tidak boleh memaksa orang daripada meniru idea yang baik," kata seorang pengurus Cafe Lu, Natalie Nguyen yang berumur 36 tahun.


SEORANG pelayan seksi melayan pelanggan di sebuah kafe kopi di Santa Ana, California.


Seorang pengurus Café Di Vang II di Garden Grove, Dan Nguyen berkata, kafenya turut menawarkan minuman kopi yang kuat pada harga rendah.

Walaupun dibubuh gula dan susu, kopi itu amat pekat sehingga tiada pelanggan yang dapat minum lebih daripada dua gelas.

Seorang pelayan seksi di Cafe Lu, Annie Pham berkata, ramai rakan setugasnya menyembunyikan kerjaya mereka itu daripada pengetahuan keluarga masing-masing kerana budaya Vietnam terlalu konservatif.

Namun kebanyakan pelanggan berasa selesa apabila berada di kafe seperti itu.

"Saya mengenali ramai pelayan wanita itu. Saya berasa selesa berada di sini," kata seorang pelanggan di sebuah kafe seksi itu, Nguyen Than. - Agensi

http://www.kosmo.com.my

DNA anak gajah 40,000 tahun


GAMBAR yang disiarkan oleh Muzium Field, Chicago menunjukkan saintis-saintis melakukan bedah siasat terhadap Lyuba.



CHICAGO - Seekor anak gajah purba mendapat tumpuan ramai saintis kerana tubuhnya berada dalam keadaan sempurna sejak 40,000 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Mamalia itu yang diberi nama Lyuba dipercayai mati pada usia sebulan setelah terkandas dalam sebatang sungai berlumpur di Siberia, Rusia yang sejuk.

Haiwan prasejarah zaman air batu itu dijumpai sekumpulan penggembala tiga tahun lalu dengan perut masih lagi mengandungi susu daripada ibunya.

Lyuba dikhuatiri maut akibat sesak nafas semasa cuba menyelamat dirinya dan saintis percaya penemuan anak gajah itu akan mendedahkan banyak rahsia berhubung haiwan purba.

Ia akan dipamer untuk tontonan awam di Muzium Field di sini pada Mac depan sebelum dibawa ke Muzium Sejarah Semula Jadi di New York sehingga tahun 2014.

Beberapa saintis menyatakan anak gajah itu boleh menyediakan asid deoksiribonukleik (DNA) untuk dianalisis.

- Agensi


http://www.kosmo.com.my

Budak buta guna telinga untuk 'melihat'





MURRAY buta sejak dilahirkan.





MURRAY menggunakan telinga untuk mengetahui objek di sekelilingnya.


DORSET, England - Seorang budak lelaki buta yang berumur tujuh tahun, Lucas Murray menggunakan deria telinganya bagi menggambarkan objek yang berada dekat dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Murray dipercayai lelaki pertama di Britain yang menggunakan gema bunyi bagi menggambarkan benda di sekelilingnya.

Dia meletakkan lidahnya di lelangit mulutnya dan mengenal pasti kedudukan sesuatu objek berdasarkan lantunan semula bunyi.

Teknik itu menyebabkan Murray boleh berlari di taman permainan, bermain bola keranjang dan mendaki bukit.

Murray yang dilahirkan buta berkata: "Saya meminati sistem lidah itu tetapi ia amat sukar untuk dipelajari.

"Saya meminati permainan bola keranjang. Saya menggunakan lidah untuk mengetahui kedudukan jaring dan membaling bola ke arahnya."

Teknik yang digunakan oleh Murray itu sama dengan yang digunakan oleh kelawar dan ikan lumba-lumba.

Penggunaan teknik itu menyebabkan dia dikenali dengan panggilan budak kelawar.

Murray boleh menentukan jarak sesuatu objek itu dengan mendengar lantunan bunyi.

Dia diajar menggunakan teknik itu oleh Daniel Kish yang telah mengasaskan sebuah pertubuhan kebajikan untuk golongan buta.

Ibu bapa Murray menyaksikan Kish menerusi televisyen menyebabkan mereka menghubunginya bagi meminta dia mengajar teknik tersebut. - Agensi


http://www.kosmo.com.my


BESARNYER!!!!!!!!

macam macam dunia hari nih........
ni pictures yg menunjukkan lubang yg terjadi
lepas gempa yang melanda di padang indonesia.
namun semua yg terjadi mesti ader hikmahnyer.....









cium ikan pun bley MATI????





Di Thailand,
5 orang nelayan mati apabila menghidu bau ikan yang
telah reput sementara 2 orang yang lain dimasukkan ke hospital.
Ikan yang reput tersebut berada dalam
satu bekas dan apabila mereka buka bekas tu,
mereka pun terhidula bau yang
amat busuk dari ikan
yang telah reput tu!

eerrrggghhhhhhhh!!! nih mesti bau tahap gaban nyer.......pahit busuk la....wawawa